Foundation Air Mat 24H by Bourjois



Assalamualaikum and hi everyone.
I'm back! Our topic untuk hari ni ialah foundation! Apa itu Foundation? Foundation ni macam base untuk makeup tau. Nak cover pori-pori yang besar, parut jerawat or even jerawat tu sendiri. Ha. Foundation lah tolong anda tutup segala benda dimuka dan korang akan nampak flawless dalam gambar. *P/s: hanya untuk sementara waktu je ye. So, today Dina akan buat review tentang Foundation Bourjois Air Mat 24H.

Kebanyakan harga foundation, agak pricey untuk students. But, jangan risau sebab Foundation Bourjois Air Mat ni harga dia affordable. Around RM56.41.

Foundation ni yang bestnya dia tak rasa oily. Memang time apply dekat muka tu pun rasa matte. Sorry, but Dina tak recommend untuk awak awak yang dry skin tapi if teringin nak cuba jangan lupa apply moisturizer dulu tau. For combination skin like me, Dina sangat sangat sarankan korang pakai moisturizer dulu before apply this foundation okay? Lagi lagi tempat yang kering tu. Yang oily skin, I would love to recommend ni dekat korang. Pakai primer, then zup zup boleh apply terus foundation ni.

Untuk coverage, Dina boleh katakan ianya light coverage. Bagi yang sukakan medium coverage, you gais kena apply 2 kali. Dina suka light je. So, product ni agak sesuai for me. haha. Paling penting, it smells so good!



Dina tak pasti korang nampak atau tidak beza ada foundation dan naked face. Code warna yang Dina pakai tu 03 Light Beige.

Paling best bila pakai rasa ringan sangat muka macam tak pakai apa apa. Dan warna foundation ni tak yellowish macam kebanyakan foundation yang murah.



I'm sorry, gambar ni macam tersalah focus. Tak berapa nak jelas. So, I will show you gais macam mana rupa dia bila dah siap dengan full makeup.



Dina pakai foundation ni dah hampir 2 bulan rasanya. Setakat ni memang betul lah foundation tu stay dalam jangka masa yang panjang. Dina bukan jenis yang rajin nak touch up makeup, dan Dina tak ada any setting spray. Memang berharap dekat makeup tu kekal dalam jangka masa yang lama.

Foundation ni korang boleh cari dekat drugstore. Dina beli dekat Watson. Tak pasti dekat Guardian ada ke tak. But if nak check, you gais boleh pergi check.

If dah cuba dan you gais pun ada buat post tentang product yang sama, don't forget to leave korang punya link dekat comment. I would love to read pendapat korang pula tentang product ni. hihi.

R A T E.
9.5/10
Thank you for reading lovelies!



14 Oct 2016; 12:59 AM

8 comments:

  1. hi dina! erin suka yang healthy mix serum foundation gel. tu memang best untuk dry skin and bau dia wangi sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi erin! Healthy mix serum foundation gel? Bunyi macam menarik! Boleh Dina tau kat mana nak beli?

      Delete
    2. tu foundation from Bourjois jugak :)

      Delete
    3. Oh yeke? Hihi. Nanti Dina boleh lah cuba. Thank you Erin ;)

      Delete
  2. wah..1st time tgk review foundation ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba lah. Best foundation ni dan bau dia wangi gila.

      Delete
  3. Wah, tingginya rate.. Mesti best kan..
    Belom pernah try jenama ni..

    ReplyDelete