Skin Care For Lazy People Like Me.


Assalamualaikum and hi everyone,
I'm back! Maaf menghilang begitu lama. Jadi, post hari ini berkenaan Skin Care For Lazy People Like Me. Seperti yang awak baca dekat tajuk tu, skin care ini untuk orang yang malas macam Dina. Maka, produk skin care yang Dina guna pun general sahaja. Kulit Dina jenis combination skin, dan Dina ada pores and whitehead problems.


1. Cleanser.




Okay, untuk cleanser Dina guna Avon Clearskin. This cleanser will cost you only RM 12.50 WM / RM14.40 EM. Pencuci muka ini agak kering, tapi selepas letak moisturizer muka jadi okay. Not too dry. Dina breakout juga, tapi hanya masa datang bulan. Setakat ni cleanser ni sesuai dengan kulit Dina. Tapi awak, jika awak dah jumpa cleanser yang sesuai dengan kulit muka awak, Dina tak sarankan awak untuk tukar okay. Just stick with your current cleanser. No need to change. Andai kata ada yang ingin cuba pencuci muka ni, pastikan awak picit dalam kuantiti yang sikit je dan sapu di muka tidak lebih daripada seminit dan cuci dengan air sejuk. Risau muka jadi kering sangat.


2. Toner.


Yes! Toner sangat penting untuk kulit kita. Lepas cuci, memang wajib pakai toner. Sebab toner ni lah yang membantu PH level kulit kita seimbang balik dan menutup segala pori pori yang terbuka tu. Okay, untuk awak yang tertanya tanya Dina pakai toner jenis apa. Ini dia, Nivea Aqua Sensation.
Dekat watson harga dia RM20.90 sahaja. Toner ni, alcohol free ye anak anak. Jangan risau. Toner ni lepas pakai memang kulit jadi lembut dan cerah. Tapi, Dina masa beli toner ni tak perasan dia tulis 'Normal Skin' pada botol tu. Dina punya kulit combination skin. So, this product a little bit oily for my face, especially on my T-zone. Tapi boleh dipertimbangkan lagi lah minyak kat T-zone tu. Tak ada lah berminyak sampai boleh jadikan minyak masak. lol. Keseluruhan, toner ni the best. Dina kalau pakai toner, suka guna tangan je sebab lagi berkesan. Tapi, kalau awak lebih selesa dengan kapas pun tak jadi masalah.


3. Moisturizer.



Mesti awak tau kan ni apa. Ya betul! Aloe vera! Okay, this one Jeju Aloe by The Face Shop. Dina guna ni sebagai pelembap muka dan mask sebelum tidur. Banyak kelebihan Jeju Aloe ni. Kalau awak pakai sebelum tidur, esok bangun cuci muka semua, awak akan nampak kulit awak makin cerah dan lembut. Dina beli ni masa The Face Shop buat promosi beli dua RM20. Sekarang harga dia RM23.21.
Mungkin awak boleh tengok dekat hermo.my untuk harga lebih murah. Make sure awak beli yang ORIGINAL okay. Sekarang ni banyak yang tiruan. Risau muka awak breakout pula nanti. Untuk yang ini Dina akan pakai betul betul selepas toner. Moisturizer ni penting okay awak awak. Untuk kekalkan muka kita hydrate selalu. 


4. Face Mask.


Untuk yang ini tak guna hari hari okay. Dina akan guna sekali dua je dalam seminggu. Kadang-kadang dua minggu sekali baru pakai. Sebab ni option je okay. Sekali sekala bila muka rasa perlu diberi perhatian lebih. Ha boleh lah pakai face mask ni. You can wear any type of face masks. Nak pakai homemade mask pun boleh. Tak jadi masalah. Pakai mask, pastikan min 10 minit. Paling lama, 20 minit je okay. Risau naik jerawat pula nanti.



Tahniah! Awak telah tau betapa malasnya Dina nak jaga muka. Kadang-kadang tu kalau malas sangat, Dina cuma cuci muka lepas tu tepek toner je. Toner tu wajib ye. Yes, Skin Care Dina super jimat! Memang sesuai for student yang baru nak berjinak dengan skin care. Ini lah beberapa produk Skin Care yang Dina guna sejak sem 1 asasi. Dina memang tak ada masalah dengan acne ye. Dina hanya breakout at certain time sahaja. Tapi, bagi Dina Hiruscar okay untuk jerawat. So, kalau awak ada masalah dengan jerawat maybe boleh cuba Hiruscar Post Acne. Dina pernah cuba sekali je. Hari ni pakai esok dah kering. Memang okay. Boleh cari dekat watson. Harga dalam RM 44.29 tapi kecil je. Yes, agak mahal but worth it. 

So, that's all for today. Dina akan post lagi dari masa ke semasa. Thank you so much!